Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, November 10, 2008

Clinique

Ini adalah entry ulangan dari http://nurulism.com (8 september 2008). Sila ke nurulism.com untuk entry terbaru.

Sudah beberapa minggu tidak berkosmetik. (But wearing eyeliner won’t hurt). I stopped using my Clinique sekejap. Setiap hari hanya mencuci wajah dan bergembira dengan Johnson’s compact powder. Sahaja. Enough. Tidak usik moisturizer, toner, facial mask mahupun facial scrub lagi.

Damn lah sangat. Aku boleh terlupa yang muka aku fobia dengan toner. Thus selama ini, I am using Air Mawar (any air mawar samada Mustika Ratu’s or any other Ratu’s). Kulit aku sensitif sangat dengan toner.Lebih 3 tahun tidak menyentuh toner (Yes, toner. I called it air acid) Namun, keghairahan remaja menyebabkan aku membeli Clarifying Lotion (the toner) from Clinique. Pakai dan pakai secara seksa (Not that the toner ada gigi gigit my face tetapi baunya very clinical. Tajam sangat). Tapi aku tak terancam sangat dengan baunya since aku suka bau hospital. Yes, bau ubat. Aku suka. (That’s why lah aku ni like your potential doctor wannabe. Watdehel?) Okay, move on.

Cerita dia macam ni. Setelah terbeli (Yes, terbeli means… not really wanted to buy but magically bought the items and magically paid for them. Sangat magik, see). Setelah seminggu pakai, kulit mula peeling (of course la buruk) dan keluar semua harta karun (read : jerawat) )dari dalam kulit. Berteriakan aku seperti ini ; aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (see, banyak huruf A, means memang gred A punya jerit ). Memang gila teruk muka dibuatnya. Sampai mak aku kata dia nak bawak aku pergi jumpa doctor suruh doctor korek semua ‘harta karun’ tersebut. Hayyoh.

Aku begitu sedih dengan kondisi diri yang parah. Aku pon menasihati diri sendiri untuk berhenti ber-toner. Alhamdulillah. Kulit sedang pulih. Namun begitu terdapat kesan-kesan yang sangat dramatik. Pendek kata, muka aku buruk tak macam muka kau. Atau kalau diterjemahkan ayat neh berbunyi; Muka kau lagi cantik dari muka aku yang peeling dan berparut jerawat. Terima kasih sebab kata muka aku buruk (aik?) HAHAHAHA.

Teladannya cerita ini, aku ingin berkongsi sesuatu. Tahukah bahwa kadang-kadang produk yang kita pakai itu tidak tepat untuk kondisi kulit kita? Kita pon sangat gigih berdikari menenyeh muka dengan semua produk kosmetik dan facial treatment itu dengan azam untuk menjadi cantek. Namun kita tidak faham, atau telah salah faham. Bahawa masalah kulit kita adalah disebabkan oleh produk tersebut. Aku sudah alaminya banyak kali. Termasuklah salah makan pil sampai menyebabkan kulit peeling (kulit aku memang suka peeling)

Toner. Sebenarnya bukan semua kulit sesuai dengan toner. Toner adalah satu produk yang sangat strong (like Ultraman Gaia) dan sangat acidic. Kalau mendapati kulit anda menunjukkan symptom yang sama macam aku (iaitu berjerawat keluar secara pukal dan luarbiasa tanpa mengira putaran menstruasi di samping berlaku pengelupasan) anda mungkin tidak sesuai ber-toner. Gunalah Air Mawar. And I love Air Mawar (rose water, cannot drink one) Sebenarnya aku mahu menyarankan semua orang menggunakan air mawar. HAHA. Why? Sebab bau dia sangat soft dan juga tidak strong untuk muka.

Bukan menyalahkan Clinique. Aku pernah guna Sanden Brook (Australia’s). Pon sama. Belum disebutkan jenama-jenama lain yang telah selamat ke longkang. Air mawar sangat murah. Mampu dibeli setiap hari (of course kau jangan beli setiap hari hoi!)

Tetapi, aku sangat sukakan Clinique. Make up dia pon not bad (eventhough they are not a specialist in cosmetics) Aku sangat berpuas hati dengan liquid foundationnya. Smooth dan matte I must say. Tak dilupakan loose powdernya sekali. Two favorite items of mine. Yang sangat memuaskan hati. Tetapi toner dia sangat menjahanamkan. Blame my skin.

Kenapakah tiba-tiba bercerita tentang produk kecantikan kulit?
Sebab aku hendak kulit yang cantik dan sihat menjelang wedding.
Nasib baik aku tak kawen bulan ni ( Ramadhan berkahwin? ). Kalau berkahwin dalam waktu terdekat ini, sangat sedihlah hati. Sebab sangat burok muka neh.
Terima kasih sebab kata aku buruk. AHAHAHAH.

Beberapa bulan sebelum wedding. Harus menjaga kulit secara gigih. Err. Jaga berat badan juga. Erk. Anyway, my weight siang tadi is (X+1)kg. Mana boleh like that! Bukankah sepatutnya berat siang ialah Xkg dan selepas berbuka barulah boleh manjadi (X+1)Kg.

Realitinya : My weight is (X+1+1)Kg or equal to (X+2)Kg Tak guna! (musnahkan penimbang berat. Pijak dia. Pijak. Pijak sampai dia takut dengan aku! HAHA)

 

Sunday, October 26, 2008

Men-dadih

Atas permintaan ramai (ewah), ini dia tutorial membuat dadih (tanpa dadah) tapi mendadahkan (aik?) Dadih mendadahkan atau dadih bukan dadah, janganlah peduli sangat. Sebab pembuatan dia tetap sama. Rasa pon akan sama (cuma antara manis dengan kurang manis saja)

Janganlah lelong ayat banyak sangat. Go, buat dadih!

BAHAN-BAHAN :

  1. Serbuk dadih (tutorial ini menggunakan 1 packet)
  2. Susu cair (1 tin)
  3. Gula (sepuluh sudu besar. Sebelas pon boleh. Dua belas pon boleh. Lapan puloh pon boleh kalau badan anda kental)

NUMBER ONE.

Tentulah anda memerlukan serbuk dadih (like drug addict one la. How to hisap dadah without dadah? How?) Jadi, go beli serbuk dadih first, and then you need susu cair and sugar. TIGA bahan saja. Hayyoh, why la so easy?

INGAT! :

Bila anda buka packet serbuk dadih, anda bukan saja akan jumpa serbuk dadih (in color) malah akan jumpa satu packet kecik ibu gula. JANGAN buang. Itu ibu gula. Bukan bahan pengawet I warn you (eceh) Sebab makcik saya pernah nak buang gula kecik neh dulu sebab dia ingat itu bahan pengawet. Tanpa gula kecik neh, buruk padahnya ( yes, warning!)

NUMBER TWO.

Boil water dulu. Sampai menggelegak (like lautan bara in dragon Ball). Sukatan air ialah 3L. No, no, no! Of course you don’t have to sukat dalam makmal. Don’t! Jangan! Anda cuma ikut ukuran Mineral Bottle 1.5L tu (yes, yang besar) Air sebanyak dua botol mineral water.

Masukkan 10 sudu gula (is enough) Kalau suka nak manis sikit, tambahla lagi satu sudu. (this is totally CHIKA I tell you) Kalau orang kata 10, Chika akan buat 11. Kalau orang kata 11, Chika akan buat 12. Because Chika suka makan manis (well, badan kental) Ewah.

Masukkan susu cair sebanyak 1 tin (dengan kasih sayang dan dari lubuk hati) Kacaulah sampai mendidih-didih. (Jangan sesekali lupa untuk menanam kasih sayang sepanjang sesi pembuatan)

NUMBER TWO.

Sambil menunggu campuran gula dan susu mendidih, janganlah termenung di depan periuk. Sebaliknya pergilah menyusun bekas-bekas. Supaya kerja menjadi sistematik dan anda pon kelihatan beauty with brains. (HAHA) Susun pon secara perfect, jangan cincai. Ingat, buat kerja dengan sistematik sekali.

Kacau kacau kacau (Dengan kasih sayang, berapa kali nak bagitau neh?)

Sekarang boleh masukkan serbuk dadih (Saya tahu anda sudah menggelupur tak sabar nak mendadih) Apalah Chika neh, lambat sangat nak kasi sign suruh masuk dadih. HAHA. Masukkan dengan cermat supaya anda tidak comot. (eceh) Kemudiannya, gaul. Dan masukkan sekali gula kecik tadi. MESTI MASUKKAN. Gula tersebut sangat powerful. (entah kenapalah Chika cakap macam neh, tak tahu)

Gaullah mereka dengan sebati supaya mereka mencipta kasih sayang secara sendiri. Macam yang saya dah cakaplah. Dadih saya dibuat secara kasih sayang. Malah campuran ini dibiarkan berkasih sayang sampai mendidih-didih (maksud dia, memang gila hot punya kasih sayang) watdehel? Never mind. Tahukah sekarang sudah jadi apa? Yes, sudah siap! Dadih sudah pon menjadi dadih. Anda pula sudah pon menjadi pembuat dadih. Apalagi, hooray lah di depan periuk panas tersebut!

NUMBER THREE.

Tuangkan ke dalam bekas-bekas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Oyya. Kadang-kadang boleh dapat 40 bekas. Kadang-kadang kurang sikit. Bergantung kepada magik. Di luar kuasa Chika. Entahlah. Memang magik.

Baiklah. Sudah pon siap. Jangan lupa, mulakan dengan Bismillah. Akhiri dengan Alhamdulillah. Kemudian boleh hooray atau sorak sekeluarga. Sepanjang pembuatan pula, semai kasih sayang yang berterusan dalam hati. Dadih yang dibuat tanpa kasih sayang akan memberikan nilai psikologi yang kurang baik kepada deria rasa. (Teori neh Chika punya)

Senang bukan? Tapi, apsal macam susah jek bila membaca tutorial yang saya bagi neh? Itulah. Saya telah menyusahkan cara pembuatan dia supaya kedengaran BOMBASTIK. Buat dia senang ja. Cuma Chika telah menggoreng ayat supaya kelihatan sukar. Maka, maruah saya pon takda terkantoi. Nanti anda pon akan mengeluh ; hek eleh! senang ni jek buah dadih? Menyesal aku kagum dengan Chika yang kononnya terror buat dadih setiap hari tuh. Biasalah. Nama lagi Chika. Memang pandai ambik kesempatan untuk jaga kepentingan diri dia. Kalau saya tak goreng ayat kasi nampak susah payah sikit, kang kantoi pulak Chika masak benda yang tak mencabar langsung.

HAHA. Anyway, senang bukan? Ingin tahu bagaimanakah rasa dadih yang dibuat oleh Chika? Anda cubalah buat mengikut setiap inci nasihat dan tutorial di atas. Jangan skip mana-mana part pon. Pasti sama rasa dia. Kalau tak jadi, maksud dia … anda membuat secara tidak tulus. HAHA. Jadi, tanya sama hati.

Okay, esok malam… saya nak tengok semua blog anda bercerita tentang dadih! KAH KAH KAH. Hek eleh, janganlah tanya je lebih. Bukan sikit punya semangat saya ajar neh. HAHAHA. Oyya. Dadih di atas berperisa Keladi (Yam). Dadih favorite Chika ialah Vanilla. Chika tidak mensarankan anda mencuba perisa Blueberry sebab tak sedap. Tapi kalau nak cuba juga, cubalah. Takda menjejaskan aku pon. HABIS. Pergi buat dadih go!

 

Wednesday, October 08, 2008

Intermittent Network Issue

Kepada semua pembaca nurulism.com,
Hosting saya untuk nurulism.com mempunyai masalah teknikal untuk jangkamasa yang belum diketahui.

Date : 8 October 2008
Time : 7.45 AM (GMT + 0800)
ETA : Unavailable

Update:

Maintenance Details :

Maintenance at CBJ5 Data Center Network that are hosting IP range 119.110.99.xx is in progress.

There will be intermittent services interruption until the maintenance is completed


Harap maaf dan banyakkan bersabar sebagaimana saya sangat bersabar secara sungguh-sungguh. Ikutkan hati, binasa. Ishk. Memang panas betul hati dibuatnya tapi apakan daya. Saya akan berbincang dengan Mr.Manager untuk langkah seterusnya (eceh). Kalau perlu, saya akan berpindah hosting. Atau apa saja demi memenuhi desakan nafsu memblog dan menagih dadah blog kepada semua. Sangat sedih tetapi perasaan marah melebihi segalanya. Jadi, izinkan saya melafazkan kata-kata kesat sikit : JAHANAM!!!

Phew. Berpeluh-peluh. Naik kebas saya kena membalas mesej semua orang bertanya tentang nurulism.com yang tidak boleh dicapai sejak lewat malam semalam. Maaf. Buat masa ini, tiada siapa pon yang boleh membukanya termasuklah saya sendiri. Bukankah sangat mengundang kemarahan?

Apa-apa update atau pemberitahuan akan dibuat di sini. Terima kasih.
 

Sunday, September 28, 2008

happy raya!


 

Thursday, September 18, 2008

Tak boleh cakap 'oh my god'

Chika dalam misi menulis blog Bahasa Melayu sepenuhnya. Sangat mencabar-cabar. Jiwa teronta-ronta. Sebab kenapa berasa hilang akal :

  1. Tak boleh cakap 'oh my god'
  2. Tak boleh cakap 'what the hell'
  3. Tak boleh cakap 'oh shit'
  4. Tak boleh cakap 'stupid idiot'

Klik : http://nurulism.com

Marilah memartabatkan Bahasa Melayu dan marilah kita pupuk semangat Rukun Negara nombor 5 : Kesopanan dan Kesusilaan.
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."